Thursday, January 15, 2009

APA ITU KEYCHAIN?


Keychain adalah rantaian kecil, kebiasaannya dibuat dari logam, leather, PU/PVC leather, nylon atau plastik, dimana benda kecil atau charm diikat pada "keyring".
Ia juga adalah rantaian pendek yang mengumpulkan anak kunci ataupun barang lain.

Ada juga keychain yang kedua hujungnya boleh dipusing agar tidak terbelit ketika digunakan. Pelbagai design dan warna telah direka untuk kesesuaian pemilik kunci atau bergantung pada fungsinya.

Keychain juga boleh digantung pada kunci kereta, kunci rumah, kunci pejabat ataupun sebagai aksesori tambahan bagi beg tangan wanita.

Keychain juga adalah sebagai lambang keperibadian seseorang.

Dan... ia juga boleh dijadikan sebagai Hadiah Istimewa untuk diri sendiri atau insan yang istimewa.

No comments:

Post a Comment